CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

She Says She's Fine [But She's Going Insane]
She Says She Feels Good [But She's In A Lot Of Pain]
She Says It's Nothing [But Really It's A Lot]
She Says She's Ok [But Really She's Not]

Wednesday 6 July 2011

KALAU LAH DIA TAHU ITU..

Andai saja awak tahu..
Apabila seorang gadis jatuh cinta..
Awak tidak semestinya punya segalanya..
Tetapi awak adalah segalanya di hatinya...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia mengalirkan air mata..
Itu bukan bermakna dia lemah..
Tetapi dia sedang mencari kekuatan..
Untuk terus tabah menyintai awak...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia marah..
Dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya..
Tapi percayalah..
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi awak...

Awak...
Cuba lihat pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh..
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang dia pada awak..
Semakin banyak pertelingkahan antara kita akan berlaku...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia sering berceloteh..
Dia tidak bermaksud untuk membuat awak rimas..
Tapi dia mahu awak mengenalinya dengan lebih dekat...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia berkata dia mahu awak berubah..
Itu tidak bermakna dia tidak mahu menerima awak seadanya..
Tapi dia mahu menjadikan awak lebih baik..
Bukan untuk dirinya..
Tetapi untuk masa depan awak...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia cemburu dan tidak percayakan awak..
Bukan bermakna dia tidak sayang pada awak..
Tetapi dia terlalu sayangkan awak..
Dan dia masih menganggap awak anak kecil..
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian...

Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya..
Awak akan mengkhianati kepercayaan yang telah dia berikan..
Naluri keibuannya masih kuat..
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk diri awak...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia merajuk..
Jangan pernah kata dia seorang yang mengada-ngada..
Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen..
Tetapi cukup dengan pehatian awak,
untuk membuat dirinya rasa dihargai...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia jarang mengatakan ' i love u '..
Itu tidak bermaksud dia tidak menyintai awak..
Tetapi dia mahu awak merasai sendiri rasa cintanya untuk awak..
Bukan hanya hadir dari kata-katanya..
Tetapi juga melalui bahasa badannya...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia kata dia merindui awak..
Dia benar-benar maksudkannya..
Apabila berjauhan, bayangan awak sentiasa bermain di matanya...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia kata lelaki lain lebih baik dari awak..
Janganlah awak percaya kata-katanya itu..
Kerana dia mahu menguji awak..
Dia mahu lihat sejauh mana awak sanggup menjadi yang terbaik di matanya..
Walaupun sebenarnya awak yang terbaik di hatinya...

Selagi awak bersama dengannya, percayalah..
Walaupun ramai perempuan mengatakan ada yang lebih baik untuknya dari awak..
Di hatinya, awak tetap yang terbaik...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia menjadi degil..
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil..
Tapi dia mahu melihat..
Sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenahnya...

Percayalah, hati dia sangat lembut..
Andai kena caranya..
Jangan terkejut kalau akhirnya dia merubah fikiran dalam masa sesaat...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia berkata " tolong tinggalkan saya! "
Dia tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya..
Dia cuma mahu menenangkan fikirannya sebentar saja...

Apabila dia telah tenang..
Percayalah, dia akan mencari awak semula..
Itu adalah tanda dia menyintai awak...

Dia sukar untuk mengawal perasaannya..
Dia terlalu emosional..
Tapi dialah yang paling menyayangi awak..
Dan dia sangat sensitif dengan perubahan diri awak...

Andai saja awak tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang tersendiri..
Tetapi sekiranya mereka saling memahami..
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..
Begitu juga dengan kita...

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali..
Di sebaliknya air matanya..
Tersimpan seribu satu kekuatan..
Yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya...

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah..
Tapi dia punya kekuatan tersendiri..
Yang bisa menggoncang dunia..
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya...

Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup awak,
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja..
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong awak,
dan membuatkan hidup awak lebih sempurna..
Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak awak...

Awak, kalau dia yang terbaik untuk awak..
terimalah dia dengan hati yang terbuka..
Jangan pernah awak sakiti hati dia lagi..

Semoga Bahagia :)

No comments:

Post a Comment