CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

She Says She's Fine [But She's Going Insane]
She Says She Feels Good [But She's In A Lot Of Pain]
She Says It's Nothing [But Really It's A Lot]
She Says She's Ok [But Really She's Not]

Saturday 16 July 2011

CINTA KAU DAN AKU....



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu


Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Saya sayang awak ! <3

Thursday 14 July 2011

PERTAMA KALI...


Pertama kali awak peluk saya,
saya rasa saya selamat dalam pelukan awak...

jauh dari kesakitan..
jauh dari kesepian..
jauh dari tempat ini...

Pertama kali awak peluk saya,
saya rasa saya sedang terbang gembira bersama awak...

terbang ke tempat yang penuh dengan kasih sayang..
terbang ke tempat yang penuh dengan kehidupan..
terbang ke tempat yang penuh cahaya...

Pertama kali awak peluk saya,
saya rasa saya sedang betul-betul hidup...


hidup selama-lamanya untuk melihat setiap siang dan malam..
hidup selama-lamanya untuk bersama-sama langit dan bumi..
hidup selama-lamanya untuk menyentuh badan dan jiwa awak...


Tapi sayang,

Pelukan itu adalah pelukan yang pertama dan pelukan yang terakhir..
Mungkin tiada lagi rasa selamat, rasa bahagia dalam hidup saya..
dan mungkin... saya telah mati...
mati bersama membawa cinta dan kasih sayang awak...


awak, saya sayangkan awak sangat-sangat...

Monday 11 July 2011

ONCE AGAIN....

okeyy, once again...
ya Allah...
setiap hari menangis, menangis, dan menangis..
awak, awak tak rasa mcm saya rasa...
okeyy..
saya tak ada kt tempat awak...
tapi..
awak pun tak ada kat tempat saya...
awak tak rasa seksa saya tiap kali nak tidur..
awak tak rasa seksa saya nak bernafas tiap kali nak tidur...
awak tak rasa seksa saya nak jalan tiap kali pinggang saya sakit...
awak tak rasa seksa saya bila kepala saya sakit...

first thing yg saya ingat...
MATI....
mati yang saya ingat awak, mati...
saya pikir..
dah sampai ke masa saya??
saya takut, saya takut kalau amal ibadah saya tak diterima Allah..
saya takut awak...
saya tak nak tinggalkan keluarga macam tu je..
saya nak bagi kejayaan dekat mak dan ayah saya...
saya nak balas balik apa yang dah diaorang bagi dekat saya...

tapi saya takut..
saya takut tak sempat...
saya takut saya pergi dulu...
pergi untuk selama-lamanya....

awak...
selama kita bersama, 
saya selalu buat awak marah..
saya selalu buat awak sedih..
saya tahu..
semua tu salah saya...

awak..
saya nak mintak maaf banyak-banyak
dekat awak...
saya banyak buat salah dekat awak...
saya tahu, saya silap...
maafkan saya...

dear awak,
saya mintak maaf sangat-sangat..
halal kan apa yang saya dah amik dari awak..
saya sayangkan awak... :)



Wednesday 6 July 2011

KALAU LAH DIA TAHU ITU..

Andai saja awak tahu..
Apabila seorang gadis jatuh cinta..
Awak tidak semestinya punya segalanya..
Tetapi awak adalah segalanya di hatinya...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia mengalirkan air mata..
Itu bukan bermakna dia lemah..
Tetapi dia sedang mencari kekuatan..
Untuk terus tabah menyintai awak...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia marah..
Dia tidak mampu untuk mengawal perasaannya..
Tapi percayalah..
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi awak...

Awak...
Cuba lihat pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh..
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang dia pada awak..
Semakin banyak pertelingkahan antara kita akan berlaku...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia sering berceloteh..
Dia tidak bermaksud untuk membuat awak rimas..
Tapi dia mahu awak mengenalinya dengan lebih dekat...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia berkata dia mahu awak berubah..
Itu tidak bermakna dia tidak mahu menerima awak seadanya..
Tapi dia mahu menjadikan awak lebih baik..
Bukan untuk dirinya..
Tetapi untuk masa depan awak...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia cemburu dan tidak percayakan awak..
Bukan bermakna dia tidak sayang pada awak..
Tetapi dia terlalu sayangkan awak..
Dan dia masih menganggap awak anak kecil..
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian...

Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya..
Awak akan mengkhianati kepercayaan yang telah dia berikan..
Naluri keibuannya masih kuat..
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk diri awak...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia merajuk..
Jangan pernah kata dia seorang yang mengada-ngada..
Dia bukan mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen..
Tetapi cukup dengan pehatian awak,
untuk membuat dirinya rasa dihargai...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia jarang mengatakan ' i love u '..
Itu tidak bermaksud dia tidak menyintai awak..
Tetapi dia mahu awak merasai sendiri rasa cintanya untuk awak..
Bukan hanya hadir dari kata-katanya..
Tetapi juga melalui bahasa badannya...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia kata dia merindui awak..
Dia benar-benar maksudkannya..
Apabila berjauhan, bayangan awak sentiasa bermain di matanya...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia kata lelaki lain lebih baik dari awak..
Janganlah awak percaya kata-katanya itu..
Kerana dia mahu menguji awak..
Dia mahu lihat sejauh mana awak sanggup menjadi yang terbaik di matanya..
Walaupun sebenarnya awak yang terbaik di hatinya...

Selagi awak bersama dengannya, percayalah..
Walaupun ramai perempuan mengatakan ada yang lebih baik untuknya dari awak..
Di hatinya, awak tetap yang terbaik...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia menjadi degil..
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil..
Tapi dia mahu melihat..
Sejauh mana awak mampu bersabar dengan kerenahnya...

Percayalah, hati dia sangat lembut..
Andai kena caranya..
Jangan terkejut kalau akhirnya dia merubah fikiran dalam masa sesaat...

Andai saja awak tahu..
Apabila dia berkata " tolong tinggalkan saya! "
Dia tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya..
Dia cuma mahu menenangkan fikirannya sebentar saja...

Apabila dia telah tenang..
Percayalah, dia akan mencari awak semula..
Itu adalah tanda dia menyintai awak...

Dia sukar untuk mengawal perasaannya..
Dia terlalu emosional..
Tapi dialah yang paling menyayangi awak..
Dan dia sangat sensitif dengan perubahan diri awak...

Andai saja awak tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan dengan perbezaan yang tersendiri..
Tetapi sekiranya mereka saling memahami..
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan..
Begitu juga dengan kita...

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali..
Di sebaliknya air matanya..
Tersimpan seribu satu kekuatan..
Yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya...

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah..
Tapi dia punya kekuatan tersendiri..
Yang bisa menggoncang dunia..
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya...

Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup awak,
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja..
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong awak,
dan membuatkan hidup awak lebih sempurna..
Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak awak...

Awak, kalau dia yang terbaik untuk awak..
terimalah dia dengan hati yang terbuka..
Jangan pernah awak sakiti hati dia lagi..

Semoga Bahagia :)

Sunday 3 July 2011

MEMORI KITA


Awak, ingat tak, awak suka nyanyi lagu Kimia dulu..
Suara awak best sangat!!
Serak-serak basah..
Mula-mula saya terkejut tau, tak sangka awak nak nyanyi lagu tu..
Lama-lama saya suka, sampai saya boleh hafal lagu tu dan nyanyikan untuk awak..
Best bukan masa tu??
Asyik gelak je..
Saya tahu suara saya tak sedap macam suara awak..
Tapi saya pelik, awak boleh cakap suara saya comel...
Aneh bukan?? Huhu  :)
Awak, awak ingat tak, awak suka nyanyi lagu Aliff Satar..
Tapi part “Please, please, please.. kamu jangan nakal”..
Haha!! Suara awak macam budak-budak!! Comel sangat..
Tapi, semua tu tinggal kenangan kan??

Awak agak, dapat tak kita ulang masa yang lalu??
Dapat tak kita ulang saat-saat manis kita bersama??
Dapat tak awak???
Mesti tak dapat kan??
Saat dan masa tu dah pergi jauh, jauh dari kita awak..
Saat dan masa tu dah lari!! Dia lari tinggalkan saya awak!!
Saya nak dapatkan dia balik..

Tapi sayang, dia dah pergi jauh..
Jauh dari saya......
Macam mana ni??
Saya nak sangat saat dan masa tu...
Kenapa dia lari ar awak??
Kita ada buat salah ke awak??
Kesian dekat saat dan masa tu..

Tapi saya tak menyesal..
Sebab saya dah hargai saat dan masa tu..
Awak?? awak hargai tak saat dan masa tu??
Saya nampak awak angguk!!
Thank awak, thank sebab sudi hargai saat dan masa..
Dia tak akan kecewa sebab kita dah hargai dia..

Apa awak kata?? Impian??
Ouh! Impian kita atau impian awak??
Impian kita?? Kenapa dengan impian kita?? Awak nak capai impian tu bersama siapa??
Eh! Tak boleh awak..
Awak dah ada dia, jadi awak kena kecapi impian itu bersama dengan dia..
Tentang saya awak jangan risau ea?? Saya masih boleh hidup..
Janji tau, kalau awak dapat capai impian tu bersama dengan dia, maknanya impian saya pun dah tercapai :) ..

Awak, saya ngatuk..
Besok saya sambung gulagulahangus ni lagi ea?? :)
Saya sayangkan awak :)

Saturday 2 July 2011

AWAK...



Awak, awak tahu tak yang saya ni sayangkan awak sangat..
Awak tahu tak yang saya ni cintakan awak sangat..
Awak tahu tak yang saya ni rindukan awak sangat..
Awak, awak bahagia kan dengan dia?
Saya mintak maaf sebab tak dapat nak bahagiakan awak macam dia bahagiakan awak..
Saya tahu saya banyak kekurangan..
Apa yang dia ada, tak ada pada saya..
Saya ni hanya manusia biasa, tak macam dia..
Dia manusia luar biasa..
Dia sayangkan awak lebih dari dia sayangkan keluarga dia..
Awak amat penting dalam hidup dia..
Saya tahu saya tak mampu nak jaga awak macam dia jaga awak..
Saya tahu cinta dia lebih kuat dari cinta saya terhadap awak..
Saya tahu dia mampu nak jaga awak, tak macam saya jaga awak..
Saya tahu mungkin awak lebih sayangkan dia dari awak sayangkan saya..
Saya tahu awak…

Awak, awak mesti takut kehilangan dia lagi kan?
Sebab tu saya nak awak janji dengan saya yang awak akan jaga dia, awak akan sayang dia, awak akan
cintakan dia lebih dari segala-galanya..
Awak ingat tak, awak ada cakap dekat saya, dia adalah segala-galanya bagi awak..
Saya nak awak jadi macam dulu, saya nak awak sayang dia macam dulu, saya nak awak bahagia dengan
dia macam dulu..
Janji dengan saya ea??
Awak jangan risau, saya boleh jaga diri saya..
Bukannya susah.. hehe :)
Kalau boleh, nanti saya cuba cari klon awak, tu pun kalau dapat la.. huhu :)

Awak, malam-malam jangan lupa tengok bulan dan bintang tau..
Tapi jangan tenung bintang lama-lama, nanti bulan cemburu..
Bila bulan cemburu, mesti dia merajuk kan??
Bulan susah nak pujuk sayang..
Orang yang faham dia saja boleh pujuk dia..
Macam awak..
Awak pandai pujuk bulan, sebab tu bulan sayang awak..
Hari-hari bulan teman malam awak..
Nanti awak dah tak sunyi da..
Mesti awak gembira kan??
Bila awak gembira mesti awak senyum..
Saya rindu senyuman awak tu..
Manis sangat, huhu :)

Awak, saya sayang awak..
Sampai bila-bila hanya awak..
:)

RINDU KEKASIH

Aku merenung di dada langit ,
Menatap malam cerah disinar bulan ,
Walaupun tanpa dipagari bintang berjuta ,
Namun cahayamu menyimbah ke wajahku ...                             

Aku termanggu sendiri ,
Meratap rindu kepada kekasih ,
Betapa mampu kuhabiskan rasa ,
Ratapan rindu di bawah sinar rembulan ...

Bilakah kita bertemu kembali ??
Saling mencurah rindu terpendam ,
Mengungkap kata mengatur bahasa ,
Menyalur rasa penuh beradab ...

Alangkah bahagia tika kita ,
Bersama sujud di sepertiga malam ,
Mengadu cinta kepada yang satu ,
Meluah harapan membina cinta ...

p/s : KSS , kak kina rindu sangat dekat KSS ...
i miss u a lot , sayang ... HOLLAND & ITALY ..